Cek Ke 2 - Globaltest Market




Alhamdulillah .. ogos baru2 ni alin terima 2nd check hasil jawab survey kt https://www.globaltestmarket.com .. so sape2 yang nak cari side income jangan malu2 ... join je .. free keahlian

Resepi Kampung Untuk Ibu Dalam Pantang

SUP HARUAN
Cuma memerlukan sedikit air asam jawa, lada hitam dan juga halia. Rebus dengan sedikit air sehingga ikan haruan masak. Kata orang tua-tua, dalam pantang elok makan ikan haruan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang bersalin melalui pembedahan. Ikan haruan akan mempercepatkan proses penyembuhan luka.

HARUAN BAKAR 
Ikan haruan dibakar dan hanya boleh dimakan dengan air asam jawa pekat, bawang besar dan lada hitam. Ulam boleh ditambah iaitu ulam pegaga.

SUP AYAM
 
Sup ayam hendaklah direbus hanya dengan rempah tumis, lada hitam, garam dan halia yang banyak. Supnya tidak boleh banyak.

SUP KENTANG 
Ibu berpantang tidak boleh banyak minum air dan makan makanan berminyak. Oleh itu sesekali untuk membasahkan tekak, anda boleh menikmati Sup Kentang yang dicampurkan dengan Suun. Ia direbus hanya menggunakan halia dan lada hitam. Bagaimanapun, supnya tidak boleh banyak.

BILIS SANGAI 
Ikan bilis disangai hingga garing. Kemudian dicampurkan dengan halia. Bahan tambahan ialah air asam jawa dan dimakan dengan 5 ulas bawang merah dan ulam pegaga.

HALIA PADI 
Halia padi adalah halia yang kecil isinya. Dengan memakan halia ini, ia bertindak membuang angin dalam badan. Hidangan ini boleh dimakan dengan air asam, bawang merah dan juga lada hitam.

HALIA BARA 
Halia bara dihidangkan dengan 5 ulas bawang merah, air asam jawa dan sedikit lada hitam. Ia hendaklah selalu dimakan kerana ia dapat memanaskan badan ibu yang baru bersalin. Selain halia bara, anda juga boleh makan isi jerangau ataupun lempoyang.

BONGLAI 
Ia berguna untuk menghilangkan bau ketiak dan badan. Susu badan juga tidak akan berbau. Bonglai dibuangkan kulit dan dimakan dengan bawang besar yang dimayang dan juga air asam jawa pekat yang dibancuh dengan sedikit garam. Air asam membantu mengecutkan dinding perut yang mengembang setelah bersalin.

POKOK KUNCI 
Ia berbentuk panjang berwarna coklat. Kulitnya dibuang dan ia dimamah begitu sahaja dengan nasi. Pokok Kunci bertindak mengunci nafsu makan

Menang Peraduan Intrend

Dah agak lama alin tak menang hadiah dari majalah Intrend. Masa cuti hari pekerja baru-baru ni tergerak dihati nak tengok box surat. Alhamdulillah .. berita gembira ..hehehe dapat surat dari majalah intrend.


Surat dari Intrend

So, ari ni  bertemankan member ofis, alin p ambik hamper ni. Alhamdulillah, syukur .. stok setahun ni .. hahaha jimat. Tambah plak alin pun menunggu masa untuk bersalin. So, memang amat berguna sangat la dapat benda alah ni . Ape pun balik kampung nanti nak bagi gak la kat adik & my mum. Sharing kegembiraan ni bersama keluarga.


Hamper Libresse RM100


P/s : member 1 ofis 1st time join peraduan Majalah Intrend ni menang saguhati jam bonia RM318 & Hamper Libresse RM100. Alin tumpang gembira .. ape2 pun Alin bersyukur pada rezeki yang ada.

Doa Amalan Untuk Ibu Hamil

Petua Mengempiskan Perut Selepas Bersalin

Petua 1
Ambil sebiji limau nipis diperah airnya atau sedikit air asam jawa pekat. Kemudian campur sedikit kapur sirih. Jika dikhuatiri gatal titiskan bersama beberapa titisan minyak mestika, kayu putih, atau minyak berangin lain. Memang diakui gatalnya, tetapi amat mujarab dan amat memuaskan hasilnya. Sapukan pada perut, biarkan ia kering sebentar sebelum memakai bengkung sepanjang waktu berpantang ataupun ketika waktu malam sahaja. Boleh juga dibalut dengan daun sireh sebelum memakai bengkung bagi mengatasi masalah stretchmarks.
 
Petua 2
Ambil sedikit cuka, garam dan kunyit dan kisar. Tampal pada perut dan bengkung perut ketika dalam pantang.

Petua 3
Ambil sedikit beras dan kisar halus. Juga sedikit cekur, gula merah, air asam jawa dan sedikit air suam diadun kesemuanya, kemudian tapis dan minum. Amalkan 4 kali seminggu .

Petua 4
Ambil Halia lebih kurang 3 sentimeter, limau nipis besar sebiji, sedikit air suam, secubit garam dan lada hitam lebih kurang 15 biji. Kisar dan tumbuk. Adun dan tapis. Minum airnya. Lakukan sehingga mendapat hasil yang dikehendaki.

Petua 5
Ambil lengkuas Padi/Helang/Ranting - iaitu ubi, daun dan batang ditumbuk halus dan tampal pada perut bertujuan membuang angin. Sekaligus untuk mengecutkan perut. Selain itu baik juga untuk disapu pada badan bagi mengubati lenguh-lenguh badan ataupun sakit sendi.

Petua 6
Ambil asam jawa, jadam dan air mendidih dan adun. Tampal pada perut dan bengkungkan, sepanjang tempoh berpantang.

Petua 7
Ambil beberapa potongan halia dan tumbuk halus dan gaulkan dengan perahan asam jawa yang pekat. Seterusnya makan dengan nasi. Hasilnya, perut menjadi kempis malah pengaliran darah dalam badan juga akan lebih teratur. Wajah anda akan tampak lebih sihat dan berseri.

Petua 8
Daun jambu serta kapur sirih digiling dan disapu pada perut setiap hari sehingga mencapai hasil yang memuaskan.
 
Petua 9
Ambil lada hitam lebih kurang 2 1/2 genggam. Kemudian tumbuk halus, dicampur dengan sebiji ragi tapai. Gaulkan bersama cuka bercampur air asam jawa. Setelah ramuan digaul sebati, sapu pada perut serta keliling pinggang. Kemudian dibengkung kuat atau ketat.

p/s : untuk koleksi alin lepas bersalin nanti

Hasil Dari Income Sampingan

Inilah antara hasil yang alin dapat setelah bergiat cergas menjawab survey hampir 2 tahun ni .. Sebenarnya banyak yang alin dapat, cuma yang ni je alin rajin snap gambar .. Alhamdulillah sedikit sebanyak bolehlah tampung mana yang tak cukup tu & sebenarnye alin memang like!like! sangatlah jawab survey ni .. SYUKUR !!!


 aiponline survey


globaltestmarket survey

p/s : U all tak minat ke join survey ni

Penangan Mengidam

Dek kerana terlalu teringin nak makan kek coklat moist (dari minggu lepas lagi kempunan nak makan, almaklumlah ibu mengandung ni mengidam) ..hahaha .. akhirnya alin menggagahkan diri  buat juga kek tu .. .. setelah dikumpulkan seluruh tenaga dan kudrat yang ada ..maka inilah hasilnya .. layan je la tengok gambar kek .. rasa not bad ..hahaha puji diri sendiri … terasa la moist dia tu.

Resepi kek ni alin dapat dari blog (lupa lak nak ambik link blog tu ).. so dengan ini, alin berbesar hati nak share resepi ..manalah tahu kot2 ade yang teringin juga nak makan kek ni .. 



KEK COKLAT MOIST

Bahan-Bahan
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu segar @ susu cair
1 cawan gula perang (alin guna gula biasa je)
½ cawan susu pekat
1 cawan  minyak masak
* masukkan semua bahan & masakkan atas api sambil kacau hingga sebati .. dah sebati, tutup api &  biarkan

2 biji telur                                  
Sedikit esen vanila
* Pukul hingga kembang

11/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
* Diayak

Cara – Cara
  1. Campurkan adunan koko & telur tadi .. kacau sebati… masukkan tepung gandum yang diayak sedikit2  & kacau hingga sebati.
  2.  Tuang adunan ke dalam Loyang yang telah digris (guna minyak masak @ marjerin) .. tutup atas loyang dengan aluminium foil (elak wap air terkena kek)
  3.  Kukus selama 1 jam / bakar pada suhu 160° selama 1 jam
3)  
TOPPING
Bahan-Bahan
½ cawan serbuk koko
½ cawan susu pekat
2 sudu besar gula perang ( x letak pun x pe)
2 sudu besar butter/marjerin

Cara-Cara
  1. Masak dengan menggunakan kaedah double boil 
  2. Terus tuang atas kek @ dibiarkan sejuk seketika untuk dapatkan topping yang pekat.

Selamat mencuba  :)

Rahsia Handphone Nokia


Nombor Kecemasan
Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada di kawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di PAPARAN PENUH di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi, ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci(Keypad lock).
 
Kereta Terkunci
Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar?? Jangan risau, telefon bimbit boleh membantu, tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera(alarm) sahaja. Caranya, cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda. Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm(satu kaki) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat 'ON' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya. Pasti kereta anda tidak terkunci lagi, malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada. Kerana itu juga, penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini. Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.
 
Kuasa Bateri Tersembunyi
Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan. Untuk mengaktifkannya, tekan kekunci *3370#. Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 %. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .(sesetengah jenis tepon nokia gak)

Telefon Dicuri
Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri. Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda, sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci sistem dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, dia tidak dapat mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut. Jadi, walaupun ia di curi, namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.

Kebanyakan tips ini boleh digunapakai untuk telefon bimbit jenama Nokia.:)

CARA2 FORMAT HANDSET
Bagi yang memiliki henset nokia jenis s60 (Nokia N70, N73, 7610, 6600, N-gage, 6120 Classic)? Format tepon jika masuk virus? x perlu p kedai tepon or klinik handphone or whatever lah yg menyakitkan hati kerana upah yg tinggi.Just follow tutorial ni FORMAT HANDSET JENIS SYMBIAN 60.

1. Pertama sekali, save and backup semua data-data dalam memori henset korang ke memori kad.  
    Kalau nk backup boleh gunakan NOKIA PC Suite kat pc korang tu.

2. Selepas sudah backup data-data tersebut,keluarkan memori kad korang & off henset.

3. Dalam keadaan off,

- Tekan butang dail (green button)

- Butang bernombor 3

- Tekan butang bintang * (star)

- On handset korang

- Jangan lepas satu butang pun hinggalah screen menunjukkan abjad FORMAT

- Masa yang diperlukan lebih kurang 5 minit.

4. Kesemua step diatas haruslah dibuat serentak sehingga keluar waktu yg perlu diset semula.

5. DONE! Anda berjaya memformat tepon anda!


Butang Rahsia Nokia
Berikut ini adalah kunci kod butang rahsia yang boleh anda lakukan sendiri dengan menekan pada key pad henset anda yang berjenama Nokia sama ada cdma maupun yang gsm. 1.
 
- Melihat IMEI (International Mobile Equipment Identity) Caranya tekan butang * # 0 6 # 2.

- Melihat versi software, tarikh pembuatan softwre dan jenis compresion software Caranya tekan * # 0 0 0 0 # Jika tidak gagal coba butang * # 9 9 9 9 # 3.
 
- Melihat status call waiting Caranya tekan * # 4 3 # 4.
 
- Melihat nombor / nombor private number yang menghubungi handphone anda Caranya tekan * # 3 0 # 5.
 
- Menampilkan nombor pengalihan telefon all calls Caranya tekan * # 2 1 # 6.
 
- Melihat nombor pemanggil pada pengalihan telefon kerana tidak anda jawab (call divert on) Caranya tekan * # 6 1 # 7.

- Melihat nombor pemanggil pada pengalihan panggilan kerana di luar jangkauan (call divert on) Caranya tekan * # 6 2 # 8. 

- Melihat nombor pemanggil pada pengalihan panggilann kerana sibuk (call divert on) Caranya tekan * # 6 7 # 9.

- Mengubah logo operator pada nokia type 3310 dan 3330 Caranya tekan * # 6 7 7 0 5 6 4 6 # 10.
 
- Menampilkan status sim clock Caranya tekan * # 7 4 6 0 2 5 6 2 5 # 11.
 
- Berpindah ke profil profile handphone anda Caranya tekan tombol power off tanpa ditahan 12.
 
- Mengubah setting hp nokia ke default atau aturan kilang Caranya tekan * # 7 7 8 0 # 13.
 
- Melakukan reset timer handphone dan score game hp nokia Caranya tekan * # 7 3 # 14.
 
- Melihat status call waiting Caranya tekan * # 4 3 # 15.
 
- Melihat kod pengilang atau factory code Caranya tekan * # 7 7 6 0 # 16.

- Menampilkan serial number atau nombor siri hp, tarikh pengilangan,tarikh pembelian & tarikh service terakhir, transfer user data. Untuk keluar handphone harus direset balik. Caranya tekan * # 92702689 # 17.

 
- Melihat kod pengamanan handphone anda Caranya tekan * # 2 6 4 0 # 18.
 
- Melihat alamat ip perangkat keras bluetooth anda Caranya tekan * # 2 8 2 0 # 19.
 
- Mengaktifkan EFR dengan kuality suara terbaik namun bazir energi batery Untuk meng off gunakan kod yang sama. Caranya tekan * # 3 3 7 0 # 20.
 
- Mengaktifkan EFR dengan kuality suara terendah namun jimat energi batery. Untuk mematikan gunakan kod yang sama. Caranya tekan * # 4 7 2 0 # 21.
 
- Menuju isi phone book dengan cepat di handphone nokia Caranya tekan nombor urut lalu # contoh : 150# 22.
 
- Mengalihkan panggilan ke nombor yang dituju untuk semua panggilan Caranya tekan * * 2 1 * Nombor Tujuan # 23.
 
- Mengalihkan panggilan ke nombor yang dituju untuk panggilan yang tidak terjawab Caranya tekan * * 6 1 * Nombor Tujuan # 24.
 
- Mengalihkan panggilan ke nombor yang dituju untuk panggilan ketika telefon bimbit anda sedang sibuk Caranya tekan * * 6 7 * Nombor Tujuan #
 
Keterangan Tambahan : - Kod di input tanpa jarak - Ada kod-kod nokia yang berlaku pada jenama handphone tertentu saja..selamat mencuba….

p/s : lupe lak dari mana dapat benda alah  ni .. apepun selamat mencuba

Kenali Wanita

 WANITA TANAH   

 Taurus (21April-20 Mei), Virgo (24Ogos-23 September) & Capricon (22Disember-20Januari)
  
Seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal. Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang. Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana. Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.

WANITA API

Aries (21Mac-20April), Leo (24Julai-23Ogos) & Sagittarius (23November-21Disember).

Dilahirkan sebagai pemimpin. Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar. Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu. Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya. Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris. Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan  perhubungan itu terus berkesan. Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.


WANITA ANGIN 

Gemini (22Mei-21Jun), Libra (24September-23Oktober) & Aquarius (21Januari-19Februari).

Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan. Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai. Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh. Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik. Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi. Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka. Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja. 


WANITA AIR 

Cancer (22Jun-23Julai), Scorpio (24Oktober-22November) & Pisces (20Februari-20Mac).

Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju. Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati. Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan. Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.


p/s : just for fun ok .. u all jgn percaya sgt benda2 ni .. :)


Cabutan Bertuah

Pada 30/3/2012 baru-baru ni, alin telah menghadiri mesyuarat tahunan perlantikan ajk baru bagi kelab sukan kat ofis alin & yang paling syok alin dapat cabutan bertuah no. 4 ( dapat beras 10kg) ..hahaha rezeki anak .. AGM tahun lepas pun alin dapat juga cabutan bertuah (beras 5kg) ..alhamdulillah .. 2 tahun ni memang murah rezeki .. syukur padamu Ya Allah... ape-ape pun beras tu bawak balik kg je la .. lagipun alin jarang masak .. beras kt umah hasil sumbangan ikhlas daripada seorang hamba allah  (10kg) masih x luak lagi ..  "ALLAH MENARIK SESUATU DARIPADA KAMU & MEMBERIKAN SESUATU YANG LEBIH BAIK DARIPADA  ITU"


 
 antara hadiah2 cabutan bertuah

p/s : borak-borak kosong jer ..hahaha