Free Sling Bag - GNC LIVE WELL

Lunch tadi sempat gak alin p redeem free sling bag kt Mines ..tq "GNC".. syok sangat + teruja (comel & cute la sling bagnye ... hehehe :p

Nak dapat sling bag free ni mudah je ..

1) jadi ahli  kt Facebook GNC Malaysia ...senang je just klik 'LIKE' (limit untuk 5000 ahli je)
2) isi borang keahlian (jangan lupa pilih tempat kat ne nak ambik barang tu)
3) GNC akan bagi email baucer barangan yang dipilih
4) print baucer
5) ok..leh redem barang


 * taut bag ni kwn alin yg punye ...yg biru tu alin punye

thanks banyak2 seorg blogger ..alin tengok ni pun dari blog akak tu....so apalagi..jangan lepaskan peluang ni ..barang free sape x nak kan... i like..  & thanks to mybesfren akak rozie coz sudi bawak alin p mines ...

Bunga

Craft yang baru alin hasilkan...terikut2 + teruja tgk blog craft org putih..so bt la satu ..utk kepuasan diri..leh la letak atas meja sebagai perhiasan.. jom layan gambar kat bawah ni

Bahan diperlukan : 

Beberapa kuntum bunga
Gabus/ span (gabus bulat utk pacak bunga) & (gabus utk letak dalam pasu)
Pasu
Batang bunga 
Reben sebagai penyeri
daun bunga leh letak kt dlm pasu utk cover span @ leh letak benda lain

 
Hasil kerja  tangan yg alin buat (amacam ..ok x)



 ni cam biasa..model kesayangan alin .. ops sory..model seksi.. biasa la klu dh excited nk b,gmbr smpi x smpt pakai baju

Conteng - Conteng (pintu)


 


Caranya senang je :

# Tampalkan pattern yang dipilih mengikut kesukaan anda pada dinding / pintu

# Lukis mengikut pattern dengan menggunakan artline (seeloknya artline yg x tanggal) @ boleh juga di cat.

# Sebagai contoh blh tgk pic kt atas ni (alin bt kt pintu tandas  kt umah - saje suka2, nmpk cam ok lak)


p/s ( pattern leh carik kat website..berlambak ada....)

Rezeki Dari In-Trend

Alhamdulillah ..kali ni merupakan kali ke 3 alin memenangi hadiah dalam peraduan anjuran majalah In-Trend..x sangka pulak..Ingatkan dah x de harapan..maklumlah peraduan tu stat bln 1 br2 ni. Cara nk menyertai senang je ..beli majalah In-Trend & join la peraduan kat page belakang majalah (mmg byk gile peraduan tu) ..pas tu isi borang & sedikit slogan .. klu ada rezeki..dapat la ... alhamdulillah...syukur ... ( tq so much to my best frenz k.rozie & cik fid coz sudi teman i pi ambik hadiah ..hehehe)

 
 surat yang diterima :)

 Ni lah hadiah yang dimenangi oleh alin .. barangan Safi Balqis bernilai RM100


   

 Ni model sampingan ...my lovely maisarah ( sara ni klu bab bergambar memang no. 1)


Aktiviti baru

Sudah agak lama alin x mengupdate blog ni..Maklumlah bz dengan keje, keluarga & aktiviti lain.U all nk tahu alin sekarang dh terjebak dengan aktiviti kraft & deko rumah (kegilaan melanda sejak duk umah sendiri) ..So far dh jalan 3 projek (just utk kepuasan diri..hehehe)...nanti ada kelapangan masa, alin akan update...tungguuuuuu !!!!!

Antara projek yang dh dibuat:

- Tirai pintu dari reben
- Tirai pintu dari pengikat rambut
- Handmade wall deko

& akan muncul banyak lagi selepas ini ....

She's Now


Animated Photo Generator

8.3.2011 @ maulidur rasul every year

Just meluahkan perasaan....for ur 2nd birthday .... tiada apa yang dapat ummi ucapkan buatmu my lovely sara...ummi & abah luv u so much...hopefully anak ummi ni akan menjadi seorang anak yang solehah...sentiasa disayangi  oleh semua orang dengan tingkahlakumu yang mencuit hati..peramah & sedikit nakal..hormat orang tua & sihat sentiasa. 

"the smiling in your faces make me fell so grateful to have u"

HANDMADE CRAFTING

Sempena tahun 2011 ni...saya teringin buat satu perubahan untuk jualan kt blog saya ni....apa lagi!!!..discuss punye discuss with my sister..so tercipta la "felt crafting" ni.So, klu ada sesape yang berkenan bolehlah order..hehe...mana la tahu kot2 nanti terbayang2, terkenang2.. 

Ni sedikit cth yg dh siap...ada lg yg lain tp x sempat nk upload pic..apa2 pun cuci mata dulu...

 
 key chain, headband, hair klip  & brooch



headband


brooch


hair clip


ready package for ur 1st client (sha)...thanks a lot


 Latest update pic 17/2/2011...akhirnya siap gak headband ni... so apa lagi mai beli RM5 jer




Price : RM5 - RM12/pcs

untuk tempahan boleh hubungi@sms@ email saya...jgn malu..jgn segan..
p/s : harga barang boleh dirunding .... tempahan melebihi 10 item akan dpt less price & free gift lg..

CARA UNTUK KURUS TANPA UBAT-UBATAN

Saya sekadar berkongsi petua & cara-cara yang betul untuk kurus tanpa perlu mengeluarkan belanja yang banyak..sharing is caring.. hehehe...amal-amalkan la...

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa
yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot)
untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi
rendah.
Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan
tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi.
Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung
untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia
terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar
metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita
makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula- gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren
kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet
15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses  penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti dimana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan danmemilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan 

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan.

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan
sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori
dari makanan itu.
Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda
menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut
anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing

i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat

ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif

iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam

iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah

v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING

Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.

26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.

Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu
perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti
sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitusebelum sarapan dan sebelum tidur.

28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.

Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

29. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

30. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut :
Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis. Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

31. Mengurangkan buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

32. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum.

Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamatmencuba

33. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik