Resepi Kampung Untuk Ibu Dalam Pantang

SUP HARUAN
Cuma memerlukan sedikit air asam jawa, lada hitam dan juga halia. Rebus dengan sedikit air sehingga ikan haruan masak. Kata orang tua-tua, dalam pantang elok makan ikan haruan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang bersalin melalui pembedahan. Ikan haruan akan mempercepatkan proses penyembuhan luka.

HARUAN BAKAR 
Ikan haruan dibakar dan hanya boleh dimakan dengan air asam jawa pekat, bawang besar dan lada hitam. Ulam boleh ditambah iaitu ulam pegaga.

SUP AYAM
 
Sup ayam hendaklah direbus hanya dengan rempah tumis, lada hitam, garam dan halia yang banyak. Supnya tidak boleh banyak.

SUP KENTANG 
Ibu berpantang tidak boleh banyak minum air dan makan makanan berminyak. Oleh itu sesekali untuk membasahkan tekak, anda boleh menikmati Sup Kentang yang dicampurkan dengan Suun. Ia direbus hanya menggunakan halia dan lada hitam. Bagaimanapun, supnya tidak boleh banyak.

BILIS SANGAI 
Ikan bilis disangai hingga garing. Kemudian dicampurkan dengan halia. Bahan tambahan ialah air asam jawa dan dimakan dengan 5 ulas bawang merah dan ulam pegaga.

HALIA PADI 
Halia padi adalah halia yang kecil isinya. Dengan memakan halia ini, ia bertindak membuang angin dalam badan. Hidangan ini boleh dimakan dengan air asam, bawang merah dan juga lada hitam.

HALIA BARA 
Halia bara dihidangkan dengan 5 ulas bawang merah, air asam jawa dan sedikit lada hitam. Ia hendaklah selalu dimakan kerana ia dapat memanaskan badan ibu yang baru bersalin. Selain halia bara, anda juga boleh makan isi jerangau ataupun lempoyang.

BONGLAI 
Ia berguna untuk menghilangkan bau ketiak dan badan. Susu badan juga tidak akan berbau. Bonglai dibuangkan kulit dan dimakan dengan bawang besar yang dimayang dan juga air asam jawa pekat yang dibancuh dengan sedikit garam. Air asam membantu mengecutkan dinding perut yang mengembang setelah bersalin.

POKOK KUNCI 
Ia berbentuk panjang berwarna coklat. Kulitnya dibuang dan ia dimamah begitu sahaja dengan nasi. Pokok Kunci bertindak mengunci nafsu makan

Menang Peraduan Intrend

Dah agak lama alin tak menang hadiah dari majalah Intrend. Masa cuti hari pekerja baru-baru ni tergerak dihati nak tengok box surat. Alhamdulillah .. berita gembira ..hehehe dapat surat dari majalah intrend.


Surat dari Intrend

So, ari ni  bertemankan member ofis, alin p ambik hamper ni. Alhamdulillah, syukur .. stok setahun ni .. hahaha jimat. Tambah plak alin pun menunggu masa untuk bersalin. So, memang amat berguna sangat la dapat benda alah ni . Ape pun balik kampung nanti nak bagi gak la kat adik & my mum. Sharing kegembiraan ni bersama keluarga.


Hamper Libresse RM100


P/s : member 1 ofis 1st time join peraduan Majalah Intrend ni menang saguhati jam bonia RM318 & Hamper Libresse RM100. Alin tumpang gembira .. ape2 pun Alin bersyukur pada rezeki yang ada.