skip to main |
skip to sidebar
Resepi Kampung Untuk Ibu Dalam Pantang
SUP
HARUAN
Cuma memerlukan sedikit air asam jawa, lada hitam dan juga
halia. Rebus dengan sedikit air sehingga ikan haruan masak. Kata orang
tua-tua, dalam pantang elok makan ikan haruan. Lebih-lebih lagi bagi
mereka yang bersalin melalui pembedahan. Ikan haruan akan mempercepatkan
proses penyembuhan luka.
HARUAN BAKAR
Ikan haruan dibakar dan hanya boleh dimakan dengan air
asam jawa pekat, bawang besar dan lada hitam. Ulam boleh ditambah iaitu
ulam pegaga.
SUP AYAM
Sup ayam hendaklah direbus hanya dengan
rempah tumis, lada hitam, garam dan halia yang banyak. Supnya tidak
boleh banyak.
SUP KENTANG
Ibu berpantang tidak boleh banyak
minum air dan makan makanan berminyak. Oleh itu sesekali untuk
membasahkan tekak, anda boleh menikmati Sup Kentang yang dicampurkan
dengan Suun. Ia direbus hanya menggunakan halia dan lada hitam.
Bagaimanapun, supnya tidak boleh banyak.
BILIS SANGAI
Ikan
bilis disangai hingga garing. Kemudian dicampurkan dengan halia. Bahan
tambahan ialah air asam jawa dan dimakan dengan 5 ulas bawang merah dan
ulam pegaga.
HALIA PADI
Halia padi adalah halia yang kecil
isinya. Dengan memakan halia ini, ia bertindak membuang angin dalam
badan. Hidangan ini boleh dimakan dengan air asam, bawang merah dan juga
lada hitam.
HALIA BARA
Halia bara dihidangkan dengan 5 ulas
bawang merah, air asam jawa dan sedikit lada hitam. Ia hendaklah selalu
dimakan kerana ia dapat memanaskan badan ibu yang baru bersalin. Selain
halia bara, anda juga boleh makan isi jerangau ataupun lempoyang.
BONGLAI
Ia berguna untuk menghilangkan bau ketiak dan badan. Susu
badan juga tidak akan berbau. Bonglai dibuangkan kulit dan dimakan
dengan bawang besar yang dimayang dan juga air asam jawa pekat yang
dibancuh dengan sedikit garam. Air asam membantu mengecutkan dinding
perut yang mengembang setelah bersalin.
POKOK KUNCI
Ia
berbentuk panjang berwarna coklat. Kulitnya dibuang dan ia dimamah
begitu sahaja dengan nasi. Pokok Kunci bertindak mengunci nafsu makan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan