Penangan Mengidam

Dek kerana terlalu teringin nak makan kek coklat moist (dari minggu lepas lagi kempunan nak makan, almaklumlah ibu mengandung ni mengidam) ..hahaha .. akhirnya alin menggagahkan diri  buat juga kek tu .. .. setelah dikumpulkan seluruh tenaga dan kudrat yang ada ..maka inilah hasilnya .. layan je la tengok gambar kek .. rasa not bad ..hahaha puji diri sendiri … terasa la moist dia tu.

Resepi kek ni alin dapat dari blog (lupa lak nak ambik link blog tu ).. so dengan ini, alin berbesar hati nak share resepi ..manalah tahu kot2 ade yang teringin juga nak makan kek ni .. 



KEK COKLAT MOIST

Bahan-Bahan
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu segar @ susu cair
1 cawan gula perang (alin guna gula biasa je)
½ cawan susu pekat
1 cawan  minyak masak
* masukkan semua bahan & masakkan atas api sambil kacau hingga sebati .. dah sebati, tutup api &  biarkan

2 biji telur                                  
Sedikit esen vanila
* Pukul hingga kembang

11/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
* Diayak

Cara – Cara
  1. Campurkan adunan koko & telur tadi .. kacau sebati… masukkan tepung gandum yang diayak sedikit2  & kacau hingga sebati.
  2.  Tuang adunan ke dalam Loyang yang telah digris (guna minyak masak @ marjerin) .. tutup atas loyang dengan aluminium foil (elak wap air terkena kek)
  3.  Kukus selama 1 jam / bakar pada suhu 160° selama 1 jam
3)  
TOPPING
Bahan-Bahan
½ cawan serbuk koko
½ cawan susu pekat
2 sudu besar gula perang ( x letak pun x pe)
2 sudu besar butter/marjerin

Cara-Cara
  1. Masak dengan menggunakan kaedah double boil 
  2. Terus tuang atas kek @ dibiarkan sejuk seketika untuk dapatkan topping yang pekat.

Selamat mencuba  :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan